TRIP TO UK-RUSSIA

TRIP TO UK-RUSSIA
At Red Square Moscow

Thursday, May 5, 2011

ENA HOMESTAY/GUEST HOUSE



ENA HOMESTAY

Alamat homestay/guest house :

Lot 1671 Kg. Demit , Kubang Kerian Kelantan

Hampir dengan bandar dan tempat membelibelah; Kubang Kerian dan Hospital USM - 5 minit dengan kereta, 20 minit ke Lapangan Terbang Sultan Yahya Pengkalan Chepa, 10 minit ke
bandar Kota Bharu dan 20 minit ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh

Kemudahan:
Rumah banglo 2 tingkat di lengkapi dengan
- 4 bilik tidur ( bilik utama air con), 2 di bawah dan 2 di atas
- beberapa ruang rehat
- 4 bilik queen bed
- 1 ruang dapur luas dan lengkap dengan dapur gas dan cerek letrik
- 1 set sofa, TV
- 1 set meja makan 6 kerusi
- parking mencukupi di dalam kawasan banglo

Kadar Sewa sebuah banglo dua tingkat ( sehari)
RM 180.00 (Weekdays)
RM 200.00 (Weekends/Public holidays/School holidays)
Untuk sewa bulanan boleh di runding

TEMPAHAN DAN PERTANYAAN HUBUNGI:

019 969 8711 (*KakYah)
019 949 8072 (Abg Nan)
019 399 8864 (Emy)
019 912 4809 (Ust K)

e-mail: kamriyah2004@yahoo.com
nan8376@yahoo.com
enahomestay@yahoo.com

* Utama


Homestay/Guest house ini sesuai untuk:
Keluarga bercuti/Cuti sekolah
Menghadiri Konvokesyen
Membelibelah di Kelantan
Menghadiri Mesyuarat/Kursus/Latihan/ Seminar di Kota Bharu
Menziarahi kelurga sakit di Hospital USM / Kota Bharu
Rombongan pengantin/Rumah persinggahan
Bersantai

Tuesday, June 8, 2010

Hobi huby - Pero Ikan dan Serati

Di belakang rumah ada kolam digali keluasan l/k 85X44 kaki dalam l/k 4 kaki. Di samping sebagai penadah hujan ia juga mungkin pendebat banjir di kawasan sekitarnya. Kami upah back hoe sehari untuk menggali kolam itu. Memang tiada rancangan khusus untuk kolam itu pada mulanya tetapi setelah beberapa hari air mula melimpah memenuhi kolam dan tiada tanda akan kering. Suami saya memasukkan 1500 ekor anak ikan keli dan kami memeberi makannya setiap pagi dan petang. Kami masukkan juga ikan jelawat dan ikan lampam jawa masing masing sekitar 200 ekor. Ia menjadi suatu hal rutin bagi suami saya dan akan menghabiskan masa lapang di kolam itu bersama ikannya. Ikan keli cepat membesar dan dalam masa 3 bulan sudah boleh di ambil. Dalam masa membesar, terlalu banyak musuh perlu di atasi. Ada burung, ada biawak ada ikan haruan dan mungkin memberang memakan ikan ikan itu.
Biawak memang banyak di kawasan paya itu dan suami saya berjaya memerangkap beberapa ekor dengan memasang jerat. Burung raja udang (kingfisher) di jerat dengan meletak getah (gam) pada tunggul kayu ditempat burung burung itu biasa hinggap. Itu lah yang dilakukan suami saya saban hari.
Menangkap ikan dengan cara memancing paling seronok. Kami sekeluarga kekadang akan memancing pada petang hari atau di hari minggu, pastinya ikan akan menarik tali kail dan ini amat menyoronokkan. Ikan keli yang dipelihara dalam kawasan kolam yang luas dan air yang bersih rasanya sangat enak dan tidak hanyir.
Sesuatu yang tidak kami pahami berlaku kepada ikan peliharaan kami itu. Semakin hari tidak lagi kelihatan ikan itu menangkap atau timbul dipermukaan air apabila makanannya ditabur.
Kami pun mengadakan gotong-royong bersama penduduk di kawasan kami tinggal untuk mengeringkan kolam itu. Memang benar tidak banyak ikan yang tinggal cuma boleh dibahagi beberapa ekor saja dengan jiran. Kemana menghilang ikan ikan itu. Tidak mungkin habis di makan musuh yang ada. Teori orang ramai ialah... Ikan keli yang dipelihara dalam kolam bertebingkan tanah (natural pond) akan hilang melalui tanah ketempat lain. Tak tau lah tapi itu lah hakikat yang terjadi.
Suami saya pelihara pula itek Serati !! Berhari hari dihabiskan masa membuat reban dan pagar didalam kolam. Nanti lah saya akan sambung lagi dilain masa berkenaan Itek Serati suami saya itu...

Thursday, May 20, 2010

Hai penat lah kerja rumah ni

SALAM PENGENALAN


Ini lah tempat kerja seharian

Penat pun rupanya kerja sendiri ni


Nak jaga tumbuhan ni bukan senang

Jari jari ku sakit semua
Kerana bekerja
Siang dan malam...
Nanti Suami ku pulang
Dia nak makan